Statistics API
Baki—
Panel Log masuk Mula sekarang

Terima kod OTP SMS
tanpa bagi nombor sendiri

Pilih negara dan app, dapat nombor sementara, kod terus keluar atas skrin. Malaysia dan 180+ negara, harga dalam ringgit. SMS tak masuk? Duit balik automatik.

Telefon menunjukkan kod pengesahan SMS enam digit dengan perisai hijau

Nombor dalam satu klik

Tak perlu approval, tak perlu tunggu. Pilih negara dan app, nombor terus keluar dan SMS muncul atas skrin yang sama.

SMS tak masuk, tak kena caj

Setiap nombor ada tempoh 10 minit. Kalau kod tak sampai, order tamat dan harga penuh balik ke baki — tak perlu buka tiket.

API untuk developer

Enam action JSON dan satu key. Dapat nombor, poll kod, cancel — dari mana-mana bahasa. 120 request seminit.

Harga dalam ringgit

Nombor dari RM0.50. Top up guna USDT (TRC20), dan FPX atau DuitNow QR bila diaktifkan. Baki tak expire.

Cara ia berfungsi

Dari daftar ke kod, bawah seminit

Glob, ikon app dan kad SIM masuk ke dalam telefon
  1. 01

    Daftar akaun

    Guna emel atau Google. Tak perlu kad. Top up serendah RM10.

  2. 02

    Pilih negara dan app

    Malaysia, Singapura, Indonesia, USA dan lain-lain. WhatsApp, Telegram, Shopee, TikTok atau "lain-lain".

  3. 03

    Guna nombor

    Salin ke app yang anda nak daftar. SMS masuk ke pihak kami dan terus muncul atas skrin anda.

  4. 04

    Salin kod

    Siap. Tiada kod dalam tempoh? Refund automatik. Nak lagi satu? Dua klik.

Apa sebenarnya yang anda dapat

Nombor telefon yang wujud atas SIM sebenar di pembekal kami, dikhaskan untuk anda sepanjang order aktif. Mana-mana SMS yang masuk ke nombor tu dalam masa tu akan dihantar ke panel anda (dan ke API kalau anda guna). Anda tak nampak pembekal, pembekal tak nampak anda.

Nombor ni dikongsi ikut masa: lepas order anda tamat, nombor balik ke pool dan mungkin diberi kepada orang lain kemudian. Sebab tu harga dia sen, bukan harga SIM kad. Maknanya satu peraturan jelas: guna untuk verifikasi sekali sahaja, bukan untuk akaun yang anda perlu recover nanti.

Negara dan harga

Harga ikut negara dan app yang hantar SMS. Nombor WhatsApp dan Telegram lebih mahal daripada Shopee atau "lain-lain" sebab verifikasi mereka lebih ketat dan nombor cepat habis. Jadual di bawah diambil terus dari panel.

NegaraApp popularDari
Memuatkan harga…

Harga ikut nombor dan dikemas kini automatik bila kos kami berubah. Anda dicaj harga yang dipaparkan masa ambil nombor.

Kena ban tak?

Soalan paling kerap. Nombor ni nombor sebenar, bukan VoIP, jadi WhatsApp dan Telegram terima. Tapi platform tu memang reject sebahagian nombor — sebab tu setiap route ada "success rate". 45% bukan bermaksud rosak separuh; maksudnya app tu reject sebahagian nombor, biasa untuk WhatsApp. Pilih route success rate tinggi dulu. Kalau kod tak masuk, order refund sendiri dan cuba route seterusnya.

Kalau SMS tak masuk

Untuk developer dan team

Semua yang ada dalam panel boleh dibuat melalui API: senarai negara, servis, ambil nombor, poll kod, cancel. Respons JSON, error balik sebagai HTTP 200 dengan key error, dan baki yang sama dikongsi antara panel dan skrip anda. Had 120 request seminit setiap key.

Harga dalam ringgit, top up guna USDT

Baki anda disimpan dalam ringgit, jadi harga yang anda nampak ialah harga yang anda bayar. Top up dengan USDT (TRC20) yang masuk on-chain dalam seminit, atau FPX dan DuitNow QR bila diaktifkan. Minimum RM10, baki tak expire.

Halaman berkaitan

Soalan lazim

Nombor tu betul-betul saya punya ke?

Sepanjang order aktif, ya: nombor tu dikhaskan untuk anda dan SMS yang masuk hanya anda nampak. Lepas order tamat nombor balik ke pool, jadi jangan guna untuk akaun yang anda perlu recover nanti.

Kalau SMS tak masuk macam mana?

Order tamat lepas tempoh tunggu (10 minit) dan harga penuh dipulangkan ke baki anda secara automatik. Anda juga boleh cancel sendiri 2 minit selepas nombor dikeluarkan.

Macam mana nak bayar?

Tambah baki prabayar dalam ringgit dengan USDT (TRC20), atau FPX dan DuitNow QR melalui toyyibPay bila diaktifkan. Setiap nombor dari RM0.50.

Boleh dapat nombor sama semula?

Tak boleh. Bagi anda nombor ni sekali guna: lepas order tamat, nombor tu hilang dari pihak anda. Ambil nombor baru untuk setiap verifikasi.

Boleh automate?

Boleh. Setiap akaun ada API key. Enam action JSON cover seluruh flow. Lihat dokumen API.

Sedia untuk nombor pertama?

Daftar akaun percuma, top up RM10, dan kod muncul atas skrin bawah seminit.

Daftar akaun Buka panel saya

Bahasa lain: English · 中文